" Nabi "
tiada ulasan
Mengapakah Allah menurunkan lebih dari satu agama?
Apakah manusia memerlukan lebih dari satu agama? Tidakkah cukup hanya dengan satu agama?
Jawapan:
Secara asasnya, setiap pecahan agama mempunyai kesepakatan tentang prinsip keimanan seperti mempercayai Tuhan dan hari pembalasan. Kesemuanya mengandungi ajaran ritual (penyembahan) seperti sembahyang dan berpuasa, bahkan mencangkupi isu-isu moral. Seluruh para Nabi yang suci menyarankan perilaku yang baik dan etika sosial. Yang berbeza hanyalah perincian dalam agama itu dan praktikalnya.
Perbezaan-perbezaan praktikal boleh diambil kira sebagai perincian keperluan semasa manusia. Kita boleh memahami fakta ini dengan sebuah perumpamaan. Dalam isu pendidikan , asanya ia diajarkan secara peringkat demi peringkat contoh: sekolah rendah , menengah rendah dan menengah tinggi begitulah seterusnya. Misalnya : semua sekolah mempunyai matapelajaran matametik .Sungguhpun begitu tahap pelajarannya berbeza menurut tahap persekolahan di setiap sekolah dan setiap tahun. Seorang pelajar sekolah menengah tidak mampu mempelajari gaya pengajaran pelajar universiti. Maka setiap para nabi sebagai seorang guru yang membimbing secara maddi (fikizalistik) dan ma'nawi (kerohanian) kepada semua manusia. Allah setiap para Nabi mengajarkannya menurut keadaan methodologi (teknik/cara) yang sesuai dengan stuasi dan keadaan kurun tersebut. Dengan asas inilah sesebuah pendidikan berjaya.
Disamping itu, keperluan semasa sentiasa berubah. Sebagai contoh; sebagaimana setiap musim berubah keperluan manusia juga berubah. Mereka memerlukan pakaian dan makanan yang berbeza dimusim sejuk dan berbezapula dimusim panas. Begitu juga setiap zaman para nabi membawa kandungan agama yang berbeza mengikut kesesuaiannya. Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Mengapakah Allah menurunkan lebih dari satu agama?