" Nabi " tiada ulasan

 

 Mengapa nabi-nabi tidak dipilih dalam kalangan para malaikat?

Jika nabi itu seorang yang suci, mengapa mereka tidak dipilih dalam kalangan para malaikat, namun dipilih dalam kalangan manusia yang lemah? Tambahan pula jika nabi-nabi dipilih dalam kalangan para malaikat, tidakkah lebih ramai manusia akan percaya kepada perutusan yang dibawa oleh mereka?

Jawapan:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul" (Surah Al-Isra, ayat 95)

Oleh kerana nabi-nabi dihantar supaya menjadi contoh kepada manusia dalam pelbagai aspek, mereka seharusnya dipilih dalam kalangan manusia. Dalam kata lain, nabi-nabi sepatutnya dapat berasa sejuk dan lapar, mengalami kesusahan, menjadi seorang bapa dan menyara keluarga ; supaya manusia boleh menjadikan mereka sebagai contoh dalam pelbagai aspek dan tahap dalam kehidupan. Jika nabi-nabi tidak dihantar dari kalangan manusia, masyarakat akan berkata “Mereka tidak faham keadaan kita kerana kita berasal daripada tanah liat dan mereka berasal daripada cahaya; menyebabkan mereka lebih mudah menjalankan suruhan Allah SWT. Malahan mereka tidak pernah lapar dan mempunyai sebarang kesulitan dalam mentaati Allah SWT. Ini adalah sebab mengapa mereka tidak layak menjadi contoh kepada kita”. Akhirnya mereka tidak akan menerima nabi-nabi dari kalangan para malaikat sebagai idola yang mereka patut contohi.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Mengapa nabi-nabi tidak dipilih dalam kalangan para malaikat?

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com