" Pelbagai "
tiada ulasan
Bagaimana Kita Boleh Meyakini Sesuatu Yang Kita Tidak Boleh Lihat?
Saya tidak percaya dengan apa yang saya tidak lihat?
Jawapan:
Dengan melihat bukanlah satu-satunya cara untuk mengetahui kewujudan sesuatu benda kerana sesungguhnya pancaindera manusia sangat terbatas dan banyak hal yang kita tidak mampu lihat tanpa bantuan alat seperti mikroskop atau teleskop.
Sebagai contoh, walaupun kita tidak boleh melihat fikiran dan roh kita, kita tetap tidak meragui kewujudan mereka. Walaupun kita tidak melihatnya, kita yakin kita mempunyai perasaan dan kemampuan. Kita meyakini kewujudan mereka. Sama halnya dengan bukti-bukti kewujudan Allah sang Kholiq, malaikat-malaikat, syurga dan neraka yang sangat banyak sehingga tidak seorang pun meragui kewujudan mereka. Seperti sebuah surat menunjukkan kewujudan penulisnya, segala yang ada di alam semesta menjadi saksi adanya Allah (swt) dan hari akhirat. Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Bagaimana Kita Boleh Meyakini Sesuatu Yang Kita Tidak Boleh Lihat?