" Nasib "
tiada ulasan
APA ERTI TAKDIR?
Apa erti "Takdir "
Jawapan:
Takdir juga dikenali sebagai qadar atau nasib. Dan konsep utama untuk memahami "qadar" adalah " pra-keabadian" . Jawapan: Taqdir adalah sebahagian pengetahuan. Ertinya, dengan pengetahuan-Nya yang pra-abadi, Allah mengetahui segala sesuatu dan semua aspek perbuatan hatta sebelum keberadaan mereka malah sebelum mereka dijadikan. Allah memiliki pengetahuan pra-abadi yang hasilnya berkait dengan alasan tertentu, dan siapa yang mencubanya dan memperolehi hasil atau akibat seperti apa yang akan diperolehinya, sesungguhnya Dia mengetahui hal-hal dan perbuatan dengan pengetahuan-Nya yang pra-kekal. Pengetahuan ini bergantung pada hal yang telah diketahui. Jika ada perbezaan antara pengetahuan tersebut dengan hal yang telah diketahui, itu akan menjadi kebodohan. Dan adalah mustahil menisbatkan ketidaksempurnaan tersebut kepada Allah. Fakta bahwa Allah mengetahui segala sesuatu sebelumnya tidak memperlihatkan perbuatan tersebut terjadi dengan paksaan. Ini kerana segala tindakan, aktiviti dan segala apa pun yang terjadi dengan kehendak dan kekuasaan. Pengetahuan tidak terpengaruh pada kewujudan eksternal sesuatu hal. Pengetahuan Allah tidak membatalkan kehendak manusia. Sebaliknya Allah mengetahui bahawa hamba-hambanya akan berbuat sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Mengetahui masa depan adalah seperti mengetahui masa lalu. Mengetahui masa lalu tidak mengubah kejadian dan hal-hal di masa silam dan demikian pula mengetahui masa depan tidak akan mengubah tindakan dan hal-hal di masa depan. Misalannya semua orang mengetahui hal-hal yang dialaminya dalam hidupnya di masa silam. Dia memiliki pengetahuan yang pasti tentang hal itu. Ada banyak hal yang ingin diubahnya jika ia memungkinkan. Tapi mengetahui masa lalu tidak cukup untuk mengubahnya. Jika mengetahuinya dapat menghasilkan sesuatu kesan maka semua orang boleh mengubah masa lalu mereka hanya dengan mengetahui hal itu. Sebagai contoh, matahari tidak terbit karena kita tahu bila ia akan terjadi. Mengetahui bahawa anda akan kembali setelah bertemu dengan tempat-tempat yang telah anda singgahi tidak memaksa anda untuk kembali. Dengan demikian, sifat mengetahui adalah bermakna memiliki pengetahuan tentang hal itu. Allah tahu bagaimana pilihan akan terjadi dan bagaimana pilihan tersebut akan terjadi . Konsep Pra-keabadian " Pra-keabadian" adalah sifat penting dari pengetahuan Allah. Pra-keabadian bertentangan dengan makna kebiasaannya, bukanlah yang awal atau hujung masa lalu. Jika kita berfikir bahawa pra–keabadian sebagai suatu hujung rantai yang mencapai masa lalu maka akan ada suatu keharusan kerana tidak mencakupi masa lalu, masa kini dan masa depan sekaligus. Ertinya kerana semuanya tidak dilihat dengan sebab dan hasilnya ia adalah seperti pementasan teater, seperti pelakon panggung yang berlakon sesuai dengan pengarahannya. Makhluk pula bertindak dan hidup sesuai dengan rencana itu. Akibatnya terjadi suatu keharusan. Sebaliknya pra-keabadian mencakupi masa lalu, masa kini dan masa depan sekaligus seperti melihat mereka dari atas, bertindak seperti cermin. Dalam hal ini, tidak benar jika kita membayangkan suatu pengakhiran dari masa lalu yang terbentang dalam ruang lingkup kontingensi dan menyebutnya pra–keabadian serta menganggap bahawa sesuatu itu termasuk dalam pengetahuan pra–keabadian secara berurutan dan bahawa seseorang berada di luar lingkungan itu sebagai alasan tidaklah benar. Berikut ini adalah contoh untuk menjelaskan misteri ini: "Andaikan ada cermin di tangan anda dan daerah di kanan adalah masa lalu dan daerah kiri adalah masa depan, cermin hanya menampakkan apa yang di hadapannya. Lalu dengan sebuah gerakan, cermin memegang kedua sisi pihak tetapi masih tidak boleh mencakupi kesemuanya. Semakin rendah cermin di pegang semakin berkurang bayangan yang muncul di dalamnya dan semakin tinggi cermin dinaikkan maka semakin luas daerah yang diliputi sehinggakan cermin tersebut dapat memantulkan bayangan di kedua sisi secara keseluruhan dan bersamaan. Apapun yang terjadi di daerah yang dipantulkan pada cermin dalam posisi ini tidak boleh ia dikatakan mendahului atau mengikuti satu sama lain, seiringan atau bertentangan satu sama lain. Takdir merupakan sebahagian dari pengetahuan pra-abadi dan di dalam mafhum Hadith, pengetahuan pra-kekal adalah "di sebuah stesyen tinggi dari sudut pandang yang meliputi segala sesuatu yang telah dan akan terjadi dari pra–keabadian hinggalah ke pasca-keabadian." Kita dan penalaran kita tidak bisa di luar itu hingga kita boleh menjadi seperti cermin ke daerah masa lalu." Takdir Meliputi Sebab dan Akibat Sekaligus Takdir mengetahui hasil yang mana yang akan terjadi dengan alasan yang mana. Maknanya, ia mengatakan, "Akibat ini akan terjadi melalui sebab yang ini." Oleh kerana itu kita tidak boleh mengatakan, "Kerana kematian begini-begitu ditentukan pada waktu yang demikian-demikian, apa kesalahan seseorang yang menembak menggunakan senapang melalui pilihannya sendiri kerana jika ia tidak menembaknya apakah orang lain masih tetap akan mati?" Takdir menentukan bahawa kematian begitu dan begitu akan terjadi melalui senapang lelaki itu. Dan jika anda mengira bahwa ia tidak menembak menggunakan senapang maka anda mengira bahawa takdir tidak ada hubungannya dengan hal itu sehingga dengan apa anda akan menetapkan kematiannya? Amatlah keliru jika anda membayangkan sebab dan akibat terpisah atau mengingkari takdir. Mazhab Sunni menyatakan: "Jika ia tidak menembak menggunakan senapang, kita tidak tahu apakah dia akan mati. Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - APA ERTI TAKDIR? "