" Malaikat " tiada ulasan

 

 Mengapa kita tidak boleh melihat malaikat?

Mengapa kita tidak boleh melihat malaikat?

Jawapan:

Malaikat diciptakan dari suatu unsur yang sangat halus dan baik iaitu cahaya yang di luar kemampuan manusia untuk melihat.

Selain tidak dapat melihat malaikat, manusia juga tidak dapat melihat fikiran dan roh manusia, tetapi mereka tidak akan merasa ragu akan kewujudan akal dan roh mereka. Penglihatan kita hanya mampu melihat unsur yang besar, jadi sangat terbatas. Tetapi sesuatu yang ada tidak terbatas pada apa yang kita boleh lihat sahaja. Orang yang berfikiran materialistik hanya menyangka bahawa ruang kewujudan hanya terdiri daripada harta benda. Tetapi, tahap kewujudan yang paling rendah, paling lemah dan paling tak berasas adalah harta benda. Jadi, bila-bila pun dia boleh buruk, habis, berubah dan mati. Hanya jika roh dan kehidupan memasuki duniawi,ia menjadi bernilai dan meningkatkan kewujudannya.

Sebagai contoh, yang paling penting dari manusia bukanlah raganya tetapi rohnya. Karena tanpa roh, raga tidak dapat dilihat walaupun mempunyai mata, tidak dapat mendengar walaupun mempunyai telinga, dan tidak dapat bercakap walaupun mempunyai lidah.

Malaikat juga punya roh tetapi tidak punya raga.Dengan roh mereka, mereka bisa mencintai, berfikir, menyembah dan bertasbih kepada Allah. Tubuh mereka bukanlah tubuh yang tidak boleh terbang, tinggal di dasar laut,berlari secepat kijang, tidak seperti manusia. mereka mempunyai tubuh yang dapat merasuk ke dalam apa saja seperti cahaya (nur). Semakin banyak cahaya dan kewujudan yang yang menyinari, semakin mudah cahaya itu menembusi ke dalam sesuatu yang tersembunyi. Sinar X dan cahaya lampu adalah contoh kebenaran ini.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Mengapa kita tidak boleh melihat malaikat?

Dapat kita katakan bahawa seperti malaikat yang diciptakan dari unsur yang sangat halus iaitu cahaya, suara,percakapan,wangian juga adalah sesuatu yang penglihatan kita tidak cukup kuat untuk melihatnya

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com