" Buku " tiada ulasan

 

 Apakah tidak mungkin bahwa Quran telah diubah seperti kitab kitab wahyu yang lainnya?

Nabi Muhammad (sallallahualaihiwasallam) Menjaga Penyebaran Ayat-ayat Quran  di bawah pimpinannya sendiri

Jawapan:

1. Kaedah Pertama
Setiap kali menerima suatu wahyu, nescaya Nabi Muhammad (Sallallahualaihiwasallam) akan segera membacakan ayat yang diwahyukan itu kepada sahabat-sahabatnya yang terpelajar (mampu membaca dan menulis). Ada beberaap kaedah yang telah digunakan oleh Nabi.
Setelah meminta wahyu itu ditulis, Nabi Muhammad meminta ayat suci itu diulang baca dan diperbetulkan kesalahannya jika ada.
Nabi Muhammad sering berkata kepada para sahabat, "Salinlah ayat suci yang kalian tulis dan sebarkanlah kepada kaum mukminin yang lain. " Dengan kaedah ini, ayat ayat itu disalurkan kepada semua kaum mukminin.
Daripada Ibnu Amr Al-‘As Radiyallahu’anhu:
Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda: بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً { Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat (Quran). } (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Nabi Muhammad selalunya akan meminta para sahabat menghafalkan ayat-ayat Qur’an tersebut. Dengan kata lain, ayat-ayat Qur’an biasanya akan disalin dengan cara ditulis dan dihafalkan oleh kaum Muslimin.
Setelah itu, Nabi Muhammad akan memeriksa ayat Quran yang dihafal dan hafalan diperiksa melalui tulisan.
Contoh yang terbaik dari pemeriksaan ini adalah pada setiap Ramadan; yang mana Jibril akan membacakan ayat yang diwahyukan bagi ramadhan tahun itu sementara itu Nabi akan mendengarkan. Kemudian di masjid, Rasulullah membacakan ayat itu kepada muslimin sementara Jibril berdiri disampingnya dan memperbetulkan bacaan itu jika ada kesalahan. Dengan cara ini, setiap Ramadan semua sahabat dapat memeriksa semua surah Al Quran dan ayatnya ketika itu juga.
2. Kaedah Kedua
Nabi Muhammad telah mengamanahkan beberapa sahabatnya untuk mengajarkan bacaan Quran. Pengajar Quran mengajarkan Quran dan juga memeriksa bacaan mereka yang sudah belajar membacanya.
Selanjutnya, dalam rangka untuk menjaga salinan Quran yang asli, Nabi Muhammad (saw), pada awal diwahyukan ayat, melarang para sahabatnya menulis ucapan ucapannya (hadis marfu’) kerana khuatir akan kemungkinan ucapannya bercampuraduk dengan ayat-ayat Qur'an; sebagaimana katanya, “Jangan menulis apapun dariku kecuali Al Qur’an” (HR Muslim & Ahmad).
KEDUA: Penyebaran & Pengekalan Keaslian
Saidina Usman Radiyallahuanhu telah mengirim Kitab Suci Al-Quran ke berbagai-bagai tempat di seluruh dunia.
Setelah Saidina Abu Bakar Radiyallahuanhu diangkat sebagai khalifah, Quran telah dikumpulkan dan dijilidkan ke dalam bentuk kitab seperti yang kita lihat hari ini; dengan syarat sekurang-kurangnya dua orang saksi bagi setiap ayat. Para saksi harus orang-orang benar-benar mendengar ayat dari Nabi secara langsung dan peribadi, dan memastikan/mengsahihkan setiap ayat.
Kemudian pada zaman Khalifah Usman, proses salinan kitab tersebut telah diperbanyakkan. Dari awal sampai akhir, semua kitab suci dibacakan di masjid besar di hadapan kaum muslimin lainnya dan dikirimkan ke seluruh dunia.
Bahagian seterusnya dalam tiga bahagian.
1. Usul Pertama
Hingga saat ini, tiga daripada salinan-salinan awal ini masih kekal ada. Salah satunya terdapat di Muzium Topkapi di Istanbul, Turki; keduanya ada dalam sebuah muzium di Tashkent, Uzbekistan, dan yang ketiga tersimpan di India Office Library, London.
Membandingkan diantara ketiga-tiga naskah ini, jelas terlihat bahawa tidak ada perbezaan dari segi dimensi, ortografi dan kaligrafi.
2. Usul Kedua
Tak satu pun dari kitab suci kecuali Quran yang diperiksa dengan sedemikian teliti seperti Quran. Universiti Munich di German telah memeriksa lebih dari 42.000 naskah Quran suci yang ditulis dalam waktu dan zaman yang berlainan. Pada akhir kajian yang panjang, mereka sampai pada kesimpulan ini: "Tidak ada perbezaan diantara setiap Kitab Suci Al-Quran."
Allah tidak Berjanji untuk memelihara Kitab Suci selain "Al-Qur'an"
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Al-Hijr: 9)

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fussilat: 42)
Kaum lain, khususnya orang-orang Yahudi, mereka telah melanggar janji mereka; mereka telah mengubah kata-kata dalam kitab suci mereka dan juga menyebabkan kitab suci orang Kristian berubah dengan cara-cara yang berbeza. Selain itu, mereka telah menimbulkan masalah di antara umat Islam selama hampir 15 abad ini. Namun demikian, mereka tidak dapat membahayakan Quran; kerana penjaga Quran bukanlah manusia, tetapi Allah-lah yang melindunginya.
I’jaz (tidak mungkin untuk disimulasikan; yakni mukjizat) dari Quran adalah seperti sebuah keajaiban yang menghalangi manusia dari menyelewengkan atau menghilangkan apapun.
I'jaz secara harfiah-nya bererti orang yang tidak berdaya atau lemah, dan tidak mampu memberikan sesuatu yang serupa, yakni impoten kepada peniruan. Ada kefasihan indah dan kemurnian gaya pada urutan kata Al-Qur'an. Penyataan ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur'an ini adalah saling berhubungan dalam hal ukuran, berirama, ketertiban dan komposisi, malahan tidak satunya saling mengengkari. Hal ini, kenyataannya, seperti satu sistem yang dibentuk pada jam yang menghitung detik, minit dan jam, dan melengkapi keteraturan masing-masing. Mirip dengan itu, kalimah Al-Qur'an Al-Hakim (yang Maha Bijaksana), dan kata-katanya, dan urutan hubungan antara kalimah dan kata-kata saling melengkapi keteraturan. Dan harmoni yang sangat baik dan keseluruhannya ada dan terlihat dalam pembentukan setiap ungkapan, kalimah dan hurufnya. Jadi, bahkan jika surah dari Quran telah diubah atau dihapus, harmoni baik akan terganggu dan jika suatu perubahan telah berlaku, tidak mungkin ia tidak diketahui.
Tidak hanya kata-kata, huruf dan ayat, tetapi juga makna yang mereka berikan saling berhubungan dan membentuk kelengkapan. Misalnya dalam beberapa halaman, sebuah ayat adalah bukti ayat berikutnya dan hasil dari ayat sebelumnya.
Kata-kata Al-Qur'an adalah luar biasa fasih dan murni. Salah satu bukti dari hal ini adalah bahawa Qur'an tidak membosankan deria kecuali memberikan mereka kesenangan biarpun jika dibacakan ribuan kali.
Quran sesuai untuk setiap abad dan setiap tingkat manusia di kalangan masyarakat. Sebagai wacana abadi yang sesuai bagi semua manusia terlepas dari waktu atau tempat dan tingkat pemahaman, seharusnya - dan memang - memiliki kesegaran yang tidak pernah memudar.
Quran mengungkapkan banyak makna dengan sedikit kata. Bicara-bicaranya luar biasa, unik dan meyakinkan.
Quran mempertahankan kemudaannya dan kesegarannya. Dalam setiap abad, Qur’an menjadi semakin muda; dengan erti kata lain, bahawa semakin banyak teknologi berkembang dan tamadun semakin maju, semakin jelas mukjizat Al-Qur'an dizahirkan dan ditemukan. Ini kerana Allah SubhanaHuwaTaala memberitahu kita tentang segala perkara di alam semesta.
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Maksud: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata. (Surah al-An’am: 59)
KETIGA: Quran tidak Meniru Kitab apapun dan tidak satu-pun Buku mampu meniru Quran
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maksud: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah: 23)
Sebuah kata-kata ungkapan tidak dapat melakukan mukjizat ini kecuali milik Allah. Seorang manusia tidak mampu melakukan aspek-aspek ajaib dalam bicaranya kerana kalimah dan kata-kata Al-Qur'an dan ciptaan Allah adalah melampaui atas semua karya manusia lainnya. Jadi jika kata-kata dan ayat-ayat dari Quran telah diubah atau sisipan telah dilakukan untuk itu, para cendekiawan pun akan melihat bahawa ungkapan bukan ayat-ayat Quran, tetapi milik manusia. Adalah punya situasi yang mana ramai cuba mengubah Quran tetapi dengan segera ia dikesani kerana kalimah-kalimah baru yang mencemari struktur keindahan Quran. Sama mustahilnya dengan tidak mengetahui antara suara gagak dan suara burung bulbul, sehingga setiap manusia pasti akan melihat kata yang berbeza dan struktur kalimah yang tidak termasuk Quran.
Sedemikianlah bukti “Allah” memelihara Quran dan membuatnya mustahil berubah terpesong dengan menciptakan ratusan jutaan orang yang membaca, melantunkan, menghafal dan memeliharanya di seluruh dunia.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Apakah tidak mungkin bahwa Quran telah diubah seperti kitab kitab wahyu yang lainnya?

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com